Wahai anak-anakku.... jika kamu mempunyai dua undangan majlis, iaitu majlis takziah kematian atau majlis perkahwinan, maka utamakanlah majlis kematian, kerana ianya akan mengingatkan kamu kepada kampung akhirat sedangkan menghadiri majlis perkahwinan hanya mengingatkan dirimu kepada keseronokan duniawi sahaja........
Wahai anak-anakku......janganlah kamu terus menelan apa sahaja yang kamu rasa manis dan janganlah terus meludah apa sahaja yang pahit, kerana yang manis itu belum tentu menimbulkan kesegaran dan pahit itu belum tentu menimbulkan kelemahan.......
Wahai anak-anakku.....janganlah kamu makan sampai kenyang yang berlebihan, kerana sesungguhnya adalah lebih baik jika bahagian daripada yang kenyang itu diberikan pada anjing sahaja......
Isnin, 18 Julai 2011
Dicatat oleh Zailahwati Bt Othman di 9:38 PTG
Langgan:
Catat Ulasan (Atom)
0 ulasan:
Catat Ulasan