BLOGGER TEMPLATES AND TWITTER BACKGROUNDS

Rabu, 20 Julai 2011

Wahai anak-anakku......janganlah kamu menjadi lebih lemah dari seekor ayam jantan, kerana ia telah berkokok pada waktu pagi hari sedangkan kamu pada waktu itu masih terbaring di atas katilmu......


Wahai anak-anakku....janganlah kamu melantik seseorang yang bodoh menjadi utusanmu. Jika sesiapa yang lebih cerdas, pintar dan bijak, maka sebaiknya dirimu sendirilah yang menjadi utusan........


Wahai anak-anakku..... orang yang bersedia untuk mendengar nasihat dan bimbingan dari orang yang lebih alim, maka dia layak untuk mendapat penjagaan dari Allah tetapi bagi orang yang insaf setelah menerima teguran maka dia lebih layak untuk mendapat kemuliaan dari Allah



Wahai anak-anakku.....hindarilah dirimu daripada kejahatan, nescaya ia akan menjauhimu. Sesungguhnya kejahatan itu untuk sejahat-jahat makhluk...........


Wahai anak-anakku......pilihlah majlis-majlis yang mengingati Allah, sertailah mereka, sekiranya engkau seorang yang berilmu engkau dapat memanfaatkan ilmumu.Sekiranya engkau seorang yang bodoh mereka akan mengajarmu. Allah akan merahmatimu dan juga mereka. Wahai anak-anakku.......janganlah engakau menyertai majlis-majlis yang tidak mengingati Allah, sekiranya engkau seorang yang berilmu, engkau tidak dapat memanfaatkannya. Sekiranya engaku seorang yang bodoh, engkau akan bertambah bodoh. Allah akan murka kepadamu dan kepada mereka.......

Wahai anak-anakku......janganlah engkau makan makanan yang tidak bersih. Bermesyuaratlah dalam urusanmu yang berbentuk ilmu........

Isnin, 18 Julai 2011

Wahai anak-anakku.... jika kamu mempunyai dua undangan majlis, iaitu majlis takziah kematian atau majlis perkahwinan, maka utamakanlah majlis kematian, kerana ianya akan mengingatkan kamu kepada kampung akhirat sedangkan menghadiri majlis perkahwinan hanya mengingatkan dirimu kepada keseronokan duniawi sahaja........


Wahai anak-anakku......janganlah kamu terus menelan apa sahaja yang kamu rasa manis dan janganlah terus meludah apa sahaja yang pahit, kerana yang manis itu belum tentu menimbulkan kesegaran dan pahit itu belum tentu menimbulkan kelemahan.......


Wahai anak-anakku.....janganlah kamu makan sampai kenyang yang berlebihan, kerana sesungguhnya adalah lebih baik jika bahagian daripada yang kenyang itu diberikan pada anjing sahaja......

Ramadhan muncul lagi.....

Rabu, 13 Julai 2011

Wahai anak-anakku... sesiapa yang bersifat penyayang tentu akan disayangi, sesiapa yang pendiam akan selamat daripada mengeluarkan perkataan yang sia-sia, dan sesiapa yang tidak dapat menahan lidahnya dari berkata kotor tentu dia akan menyesal kelak......

Wahai anak-anakku...... bergaullah dengan orang yang soleh dan berilmu.Bukalah pintu hatimu dan dengarkanlah segala nasihat dan tunjuk ajar darinya. Sesungguhnya nasihat dari mereka bagaikan mutiara hikmah yang bercahaya yang dapat menyuburkan hatimu seperti tanah kering lalu disirami hujan....

Wahai anak-anakku..... sesungguhnya dunia ini bagaikan sebuah kapal yang berlayar di lautan yang dalam, banyak manusia yang karam ke dalamnya. Jika engkau ingin selamat, maka berlayarlah dengan kapal yang bernama "takwa', isinya ialah "iman" dan layarnya adalah "tawakal kepada Allah".......

Selasa, 12 Julai 2011

Wahai anak-anakku......jagalah dirimu supaya tidak terlalu condong kepada dunia dan di hatimu selalu disusahkan oleh dunia sahaja kerana kamu diciptakan oleh Allah bukanlah untuk dunia sahaja. Sesungguhnya tiada makhluk yang lebih hina daripada orang yang terpedaya dengan dunia.



Wahai anak-anakku..... janganlah kamu ketawa jika sesuatu yang menggelikan, janganlah kamu berjalan tanpa tujuan yang pasti, janganlah kamu bertanya sesuatu yang tidak ada guna bagimu, janganlah mensia-siakan hartamu pada jalan maksiat

Khamis, 7 Julai 2011

Wahai anak-anakku.....bila kamu mempunyai teman karib, maka jadikanlah dirimu padanya sebagai orang yang tidak mengharapkan sesuatu daripadanya.....Sebaliknya biarkanlah dia mengharapkan sesuatu darimu....